Powered By Blogger

Sunday, September 5, 2010

~cinta abadi vs cinta duniawi~

Seringkali kita melihat dan merasakan bahawa cinta itu membawa maksud yang banyak..
cinta secara amnya mempunyai definisi saling menyayangi,saling memahami, saling memberi dan saling menanggung derita mahupun duka bersama-sama..tetapi, pernahkah kita terlintas untuk membezakan cinta abadi dan cinta duniawi.. kedua-duanya membawa maksud dan perilaku yang berlainan dari sudut pandangan dan gambaran walaupun dalm jangka masa yang sama..

CINTA ABADI~>
CINTA yang bersandarkan cinta kepada ALLAH dan Rasulullah dalam mencari hidayah dan keredhaannya untuk mengecapi kebahagiaan akhirat yang akn kita lalui selepas alam duniawi ini..Cinta kepadaNya ini melalui ajaran agama Islam yang sememangnya terlalu indah dan suci..sesungguhnya hidp di dunia ini adalh untuk mengabdikan diri ini kepadaNya melalui setiap sujud di dalam solat 5 waktu yg dilakukan serta doa untuk meminta apapun daripadaNYa.. Dialah maha segalanya,, Maha Besar, Maha Penyayang, Maha Memberi dan Maha Memahami..SUBAHANALLAH!

CINTA DUNIAWI~>
CINTA yang hanya bersandarkan cinta sesama makhluk.. sebagai contoh, cinta suami kepada isterinya, cinta ibu bapa kepada anak-anaknya, cinta guru terhadap anak-anak muridnya.. Islam tidak pernah melarang untuk menyayangi setiap makhluk yang diciptakannya selagi tidak melanggar hukum agama ISLAM kerana salah satu sifat Islam yg Indah ialah saling meneyayangi anntara satu dengan yang lain... semoga ALLAH meredhai setiap hubungan cinta kita sesama makhluk di dunia ini.. AMIN..

Tuesday, July 27, 2010

Aurat Wanita Wajib Dipelihara..

Aurat merupakan perkara yang amat dititik beratkan dalam Islam.
Jibril Alaihissalam menyampaikan perintah Allah kepada Rasulullah SAW melalui wahyu mengenai hukum berpakaian wanita dalam Islam.

Firman ALLAH SWT dalam Surah al-Ahzab, ayat 59 yang bermaksud..
"wahai Nabi suruhlah ister-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaian mereka bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa hendak keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik)maka dengan itu mereka tidak diganggu , dan (ingatlah) Allah Mha Pengampun lagi Maha Mengasihani"..

Monday, July 26, 2010

Berhati-hatilah apabila berjanji

Tidak sempurna iman bagi mereka yang tidak bersifat amanah, tidak sempurna agama bagi mereka yang tidak menepati janji.." .: hadis drpd Anas bin Malik:.

".. dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan Manusia). Sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.." .:Surah Al-Israk ayat 34:.

"tanda orang munafik itu ada 3 perkara: apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkiri, dan apabila dia diamanahkan dia khianati..." .:HR Bukhari dan Muslim:.


Kesan buruk si pemungir janji:
...mengakibatkan orang lain kesusahan.
...maruah diri tercemar.
...dibenci dan dihina masyarakat.
...mencetuskan perpecahan dan perbalahan.
...hubungan persaudaraan menjadi tegang.

Hati Manusia...

"ingatlah sesungguhnya pada tubuh badan manusia itu ada seketul daging.Jika baik daging itu maka baiklah keseluruhan anggota jasadnya tetapi jika rosak daging itu, maka rosak jugalah keseluruhan anggota jasadnya.Ketahuilah, bahawa ia hati."
(Riwayat Bukhari)

jelaslah disini bahawa hati merupakan deria yang mungkin kita tidak sedari menjadi deria kita yang keenam yang sering diabaikan setelah lima deria lain iaitu deria merasa(lidah),deria menghidu(hidung),deria melihat(mata),deria mendengar(telinga) dan deria menyentuh(tangan) diciptakan kepada kita.

ramai manusia sangat kurang bersyukur kerana mudah tertipu oleh pandangan mata, pandangan akal yang mudah tersalah dan sering mengikut hawa nafsu yang melulu dan sebenarnya kita selalu terlupa dengan deria yang keenam ini iaitu hati dengan syarat, hati hendaklah sentiasa bersih.Oleh yang demikian, apabila kita melihat sesuatu perkara, kita hendaklah melihat melalui 'mata hati' bukannya 'mata kepala'..oleh iu, sucikanlah hati, sesungguhnya hati yang bersih mnyebbkan seluruh pancaindera kita akan baik akhlaknya..

Sunday, July 25, 2010

ISLAM itu INDAH~

mengajar kita sedari kita membuka mata
mengajar kita mndengar alunan kemerduan azan dan iqamah..
mengajar kita membezakan yang manakah kebaikan dan kejahilan
mengajar kita dimana hak dan bathil..
menemukan kita erti keikhlasan,kejujuran
membuatkan kita tahu yang manakah cinta abadi dan cinta ilusi...