Powered By Blogger

Tuesday, July 27, 2010

Aurat Wanita Wajib Dipelihara..

Aurat merupakan perkara yang amat dititik beratkan dalam Islam.
Jibril Alaihissalam menyampaikan perintah Allah kepada Rasulullah SAW melalui wahyu mengenai hukum berpakaian wanita dalam Islam.

Firman ALLAH SWT dalam Surah al-Ahzab, ayat 59 yang bermaksud..
"wahai Nabi suruhlah ister-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaian mereka bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa hendak keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik)maka dengan itu mereka tidak diganggu , dan (ingatlah) Allah Mha Pengampun lagi Maha Mengasihani"..

Monday, July 26, 2010

Berhati-hatilah apabila berjanji

Tidak sempurna iman bagi mereka yang tidak bersifat amanah, tidak sempurna agama bagi mereka yang tidak menepati janji.." .: hadis drpd Anas bin Malik:.

".. dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan Manusia). Sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.." .:Surah Al-Israk ayat 34:.

"tanda orang munafik itu ada 3 perkara: apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkiri, dan apabila dia diamanahkan dia khianati..." .:HR Bukhari dan Muslim:.


Kesan buruk si pemungir janji:
...mengakibatkan orang lain kesusahan.
...maruah diri tercemar.
...dibenci dan dihina masyarakat.
...mencetuskan perpecahan dan perbalahan.
...hubungan persaudaraan menjadi tegang.

Hati Manusia...

"ingatlah sesungguhnya pada tubuh badan manusia itu ada seketul daging.Jika baik daging itu maka baiklah keseluruhan anggota jasadnya tetapi jika rosak daging itu, maka rosak jugalah keseluruhan anggota jasadnya.Ketahuilah, bahawa ia hati."
(Riwayat Bukhari)

jelaslah disini bahawa hati merupakan deria yang mungkin kita tidak sedari menjadi deria kita yang keenam yang sering diabaikan setelah lima deria lain iaitu deria merasa(lidah),deria menghidu(hidung),deria melihat(mata),deria mendengar(telinga) dan deria menyentuh(tangan) diciptakan kepada kita.

ramai manusia sangat kurang bersyukur kerana mudah tertipu oleh pandangan mata, pandangan akal yang mudah tersalah dan sering mengikut hawa nafsu yang melulu dan sebenarnya kita selalu terlupa dengan deria yang keenam ini iaitu hati dengan syarat, hati hendaklah sentiasa bersih.Oleh yang demikian, apabila kita melihat sesuatu perkara, kita hendaklah melihat melalui 'mata hati' bukannya 'mata kepala'..oleh iu, sucikanlah hati, sesungguhnya hati yang bersih mnyebbkan seluruh pancaindera kita akan baik akhlaknya..

Sunday, July 25, 2010

ISLAM itu INDAH~

mengajar kita sedari kita membuka mata
mengajar kita mndengar alunan kemerduan azan dan iqamah..
mengajar kita membezakan yang manakah kebaikan dan kejahilan
mengajar kita dimana hak dan bathil..
menemukan kita erti keikhlasan,kejujuran
membuatkan kita tahu yang manakah cinta abadi dan cinta ilusi...