Powered By Blogger

Monday, July 26, 2010

Hati Manusia...

"ingatlah sesungguhnya pada tubuh badan manusia itu ada seketul daging.Jika baik daging itu maka baiklah keseluruhan anggota jasadnya tetapi jika rosak daging itu, maka rosak jugalah keseluruhan anggota jasadnya.Ketahuilah, bahawa ia hati."
(Riwayat Bukhari)

jelaslah disini bahawa hati merupakan deria yang mungkin kita tidak sedari menjadi deria kita yang keenam yang sering diabaikan setelah lima deria lain iaitu deria merasa(lidah),deria menghidu(hidung),deria melihat(mata),deria mendengar(telinga) dan deria menyentuh(tangan) diciptakan kepada kita.

ramai manusia sangat kurang bersyukur kerana mudah tertipu oleh pandangan mata, pandangan akal yang mudah tersalah dan sering mengikut hawa nafsu yang melulu dan sebenarnya kita selalu terlupa dengan deria yang keenam ini iaitu hati dengan syarat, hati hendaklah sentiasa bersih.Oleh yang demikian, apabila kita melihat sesuatu perkara, kita hendaklah melihat melalui 'mata hati' bukannya 'mata kepala'..oleh iu, sucikanlah hati, sesungguhnya hati yang bersih mnyebbkan seluruh pancaindera kita akan baik akhlaknya..

No comments:

Post a Comment