Powered By Blogger

Sunday, October 9, 2011

Nota Buat Bakal Suamiku Nanti...


Buat saudara yang bergelar lelaki, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis buatmu…

Wahai saudaraku.. Cinta pertama mengukir peristiwa, menguggat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.

Wahai saudaraku.. Janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.

Kiranya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirimu, tetapi aku membenci egomu. Ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.

Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta, sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya. Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suamiku..

Sunday, June 12, 2011

hanya itu yang daku MAMPU

Assalamulaikum...

Agak janggal daku menulis secara peribadi di blog ini. Tapi daku akan mencubanya. Insyallah..

Daku disini cuma mahu meluahkan apa yang sudah lama dipendamkan di dalam hati ini. Apa yang daku rasa. Tentang diri daku setelah daku merasakan satu 'kehilangan' yang pernah dialami.

Satu 'kehilangan' yang daku maksudkan ialah diriku yang seolah-olah kehilangan sebuah perasaan kasih terhadap seseorang.

Disini,, daku ingin bercerita. Daku pernah mengalami satu kisah tragedi dimana daku berkasih pada seorang yang bergelar 'Buaya Darat'.Bagaimana ku mengetahui bahawa dia begitu rupa?? biarlah ianya menjadi rahsia dalam hidupku. Kerana dia, daku mengenali seorang lelaki yang tidak pernah menghargai erti sebuah kasih sayang. Biarlah dia dengan kehidupan yang amat membahagiakan dirinya, isterinya yang dikasihinya dan keluarganya yang tersayang. Daku cuma mampu mendoakan kebahagiaannya walaupun hati ini hanya Tuhan saja yang tahu.

Ada hikmah mengapa kejadian ini telah terjadi. Ianya menjadikan diriku lebih dekat kepada Maha pencipta. Daku lebih tawar hati dengan mana-mana manusia yang bergelar 'Lelaki'. Seolah-olah perasaan daku sudah 'expired' kerana takut dikecewakan buat kali kedua dan seterusnya oleh mereka. Aku bersyukur dengan segala yang telah diberikan kepada diriku sekarang. Tapi, jauh disudut hati ini mengatakan bahawa hati ini terlalu sakit sehingga terasa ke hari ini walaupun pelbagai anugerah hidup telah diberikan padaku. Alhamdulilah.

Daku tahu, ''setiap penyakit mesti ada ubatnya''. Daku cuba untuk merawat hati yang telah sekian lama telah sakit ini dengan mendengar ayat-ayat yang boleh menenangkan diriku dan juga hatiku ini. Melihat keindahan alam ciptaanMu Ya Rab. Daku juga menghiburkan diri ini dengan berkongsi suka dan duka dengan rakanku yang boleh daku percayai.

Siapalah daku untuk mengembalikan waktu dan tika itu kerana waktu dan tika itu takkan mungkin kembali dalam kamus hidupku. Biarlah ianya menjadi sebuah lipatan sejarah untuk daku teladani dan belajar dari kesilapan lalu. Pengertian 'cinta duniawi' ku terlalu mahal untuk ku beri pada mana-mana lelaki. Biarlah daku dengan sendiri mejalani, menerokai, mempelajari dan menghayati setiap kejadian yang telah terjadi pada diriku ini. Daku tidak mahu berharap lagi tetapi daku percaya, setiap kejadian demi kejadian, pasti ada Hikmahnya. Setiap detik dan waktu selagi ku mampu menghirup nafas ini, ku redha,pasrah dan berharap hanya padaMu. Tiada yang lain. Hanya itu yang daku mampu.

Monday, January 17, 2011

.:pizza hut palace:.










....................tepat pada pukul 4ptg.......
kami selaku ank2 6AKN1 trus mara ke pizza hut larkin utk mjamu selera bsma2 buat kali terakhir n yg pling hepinya,, kami mcm rombongan kendarat lah.. tidak langsung mngglkan pakaian skola...hidup Tasek lah!!!
inilah kami..... betape huru-haranya kami ni... hurmm...rasenye mcm kanak2 tadika.. hehe.. dari gambar atas belah kanan,,sy dgn akmal... cam cemok lak an sy nih kan??.. hehe.. mmg matlamat nk cemok pon... wish yer.. hee,, gmbar yg paling atas tuu.. nampak macm sy ni sungguh girang... ape ntah topik yg kami bincangkan... hehehe...

  • kak dayah
  • diantie
  • fadhlin
  • ayou
  • laili
  • myza
  • nasyriq
  • akmal
  • shakif..

semoga trikh hari tersebut iaitu 15disember 2010 mmbawa trikh yg amt bermakne tok kami semua... syg korg sgt3!!!... i will mizz u alot lahh.. hehehehe