Sunday, June 12, 2011

hanya itu yang daku MAMPU

Assalamulaikum...

Agak janggal daku menulis secara peribadi di blog ini. Tapi daku akan mencubanya. Insyallah..

Daku disini cuma mahu meluahkan apa yang sudah lama dipendamkan di dalam hati ini. Apa yang daku rasa. Tentang diri daku setelah daku merasakan satu 'kehilangan' yang pernah dialami.

Satu 'kehilangan' yang daku maksudkan ialah diriku yang seolah-olah kehilangan sebuah perasaan kasih terhadap seseorang.

Disini,, daku ingin bercerita. Daku pernah mengalami satu kisah tragedi dimana daku berkasih pada seorang yang bergelar 'Buaya Darat'.Bagaimana ku mengetahui bahawa dia begitu rupa?? biarlah ianya menjadi rahsia dalam hidupku. Kerana dia, daku mengenali seorang lelaki yang tidak pernah menghargai erti sebuah kasih sayang. Biarlah dia dengan kehidupan yang amat membahagiakan dirinya, isterinya yang dikasihinya dan keluarganya yang tersayang. Daku cuma mampu mendoakan kebahagiaannya walaupun hati ini hanya Tuhan saja yang tahu.

Ada hikmah mengapa kejadian ini telah terjadi. Ianya menjadikan diriku lebih dekat kepada Maha pencipta. Daku lebih tawar hati dengan mana-mana manusia yang bergelar 'Lelaki'. Seolah-olah perasaan daku sudah 'expired' kerana takut dikecewakan buat kali kedua dan seterusnya oleh mereka. Aku bersyukur dengan segala yang telah diberikan kepada diriku sekarang. Tapi, jauh disudut hati ini mengatakan bahawa hati ini terlalu sakit sehingga terasa ke hari ini walaupun pelbagai anugerah hidup telah diberikan padaku. Alhamdulilah.

Daku tahu, ''setiap penyakit mesti ada ubatnya''. Daku cuba untuk merawat hati yang telah sekian lama telah sakit ini dengan mendengar ayat-ayat yang boleh menenangkan diriku dan juga hatiku ini. Melihat keindahan alam ciptaanMu Ya Rab. Daku juga menghiburkan diri ini dengan berkongsi suka dan duka dengan rakanku yang boleh daku percayai.

Siapalah daku untuk mengembalikan waktu dan tika itu kerana waktu dan tika itu takkan mungkin kembali dalam kamus hidupku. Biarlah ianya menjadi sebuah lipatan sejarah untuk daku teladani dan belajar dari kesilapan lalu. Pengertian 'cinta duniawi' ku terlalu mahal untuk ku beri pada mana-mana lelaki. Biarlah daku dengan sendiri mejalani, menerokai, mempelajari dan menghayati setiap kejadian yang telah terjadi pada diriku ini. Daku tidak mahu berharap lagi tetapi daku percaya, setiap kejadian demi kejadian, pasti ada Hikmahnya. Setiap detik dan waktu selagi ku mampu menghirup nafas ini, ku redha,pasrah dan berharap hanya padaMu. Tiada yang lain. Hanya itu yang daku mampu.